hi!

saya budak baru belajar.seniors, guide me keyh? heee.nice to know you!

Thursday 26 January 2012

lemonade 6

Pengantin tersenyum bahagia. Alia senyum lagi. Alhamdulillah. Dari jauh dia memandang Izham yang sibuk melayan tetamu. Masihkah dia ingat janjinya?

Selepas hari graduasi.dah genap setahun dia tak berhubung dengan Izham. Kekok? Yes. Dia hanya berhubung dengan ika. Dan dia sangat pasti ika pun tidak mengetahui tentang lamaran Izham tersebut. 

‘I give you as much time you need Alia. But, don’t reject me please? I’m sure u won’t do that ’ message terakhir dari Izham tergiang-giang ditelinganya. Nekad sungguh budak ni, and konfiden bagai nak rak yang orang akan terima dia. Alia mengeleng-geleng kepalanya.

‘Alia!’ suara garau dibelakangnya mengejutkan Alia dari lamunan. Dia berpusing 180 darjah untuk melihat siapakah yang memanggilnya.

‘iz.nice to see u’ itu sahaja yang mampu diucapkannya.

‘so, macam mana sekarang? ‘ Izham bertanya lagi.

‘macam mana? Macam ni la. Kerja.kerja and kerja la’

‘taknak kahwin ke?’ tersedak Alia mendengar soalan cepu emas yang keluar mulut jejaka dihadapannya.

‘ aihh. Tunggu orang masuk meminang.tapi tak sampai-sampai pun’

Dua-dua ketawa serentak.entah apa yang kelakar pun tak pasti. Senyum lagi.
Ika dari jauh memandang. Dua manusia ni macam ada yang tak kena je. Tapi Alia  tak pernah pulak cakap apa-apa.

‘mama.adik nak kahwin boleh? ‘ izham bertanya mamanya. Tersedak puan Sofia yang sedang memasak di dapur.

‘haaaaaa.kamu ni.kalau ada calon cakap cepat-cepat.esok pun mama boleh masuk meminang’

‘eh.adik busuk. Sapa la nak kat kau ni? Sejak bila kau ade girlfriend? Aii.tak bagi tahu akak pun’ Ika mencebik .

‘eh. Mamat handsome macam saya ni k.ika, jejaka pilihan Malaya tau. Mesti la ada yang minat’

‘ Ya Allah.ampunkanlah dosa adik aku yang suka berbangga ini’ Ika dengan sarkastik menjeling satu-satunya adik dan adik beradiknya itu.

‘ Maaaaa! Tengok k.ika ni. Tak padan dengan isteri orang, mulut!.’

‘ ye.adikku sayang.ada masalah ke dengan isteri abang?’ Amir yang baru turun dari tingkat atas mencelah.

‘ewwwww. Haa. Isteri abang ni. Sesuka hati dia mengata orang’

‘ok.stop2.jap, siapa calon adik tu? ‘  Mama cuba menenangkan keadaan.

‘ma,dia tua setahun tau, tapi dia nampak lagi muda dari k.ika.wek!’  Izham tersenyum bangga.

‘haa,adik ipar sama umur?  Omg. Adik!’ Ika menyampuk. Sebenarnya dia tidak kisah pun,saja nak menyakitkan hati adiknya .
 
‘haaa. Senior kat tempat kerja ke adik? ‘ puan Sofia menyiasat lagi.

‘bukan. Tapi adik sure mama suka’ Izham senyum lagi

‘macam mana adik boleh jamin sangat ni. Mama memilih tau’ puan Sofia menduga lagi. Berani betul budak Izham ni. 

‘ma,cakaplah yes.gerenti mama suka! ‘ Izham memujuk lagi.

‘yela2. But, first, sebelum kahwin mama nak adik jadi imam subuh 7 time a week .full time, imamkan mama.boleh? kalau fail,no kahwin ok?’

‘aihh. insyaAllah ma. ‘ mama ni saja je.tahu la orang susah nak bangun subuh.

‘adik.bukan subuh gajah tau. Tepat pada waktu’ puan Sofia senyum lagi. 

‘yang tu.memang Amir setuju la ma. Kan sayang?’ Amir memandang Ika.'
 
‘ yes my dear.setuju 100 %’  Ika menambah.

‘eww.tak payah nak bersayang depan adik la akak oii’

‘ehh.dengki pergi kahwin la dik oi’

‘dah2. Adik, minggu depan kita pergi meminang.’ 

‘maaaaaa! I love you!’ Izham memeluk erat ibunya. Haaaaa.mama the best la. Jap2, sebenarnya Alia ni tunggu dia atau orang lain.

Tot.tot.tot
One email received from izham@gmail.com
Assalamualaikum. Minggu depan saya nak datang bawak cincin boleh?
 Budak kecik ni ada je, macam la tak boleh hantar mesej, email jugak dia redah.

 Butang reply ditekan.
‘datang la. But call my dad first. 012345678’

No comments: